1. Kentut & Qadha’ Hajat
Firman ALLAH S.WT:
Wahai orang-orangyang
beriman, berwuduklah apabila
kamu ingin mendirikan solat…
atau apabila ada antara karnu
yang datang dari tempat
membuang hajat. (Surah al-
Maidah: 6)
Abu Hurairah r.a berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
ALLAH tidak akan menerima
solat seseorang apabila dia telah
berhadas sehingga dia kembali
berwuduk. Seorang lelaki
daripada Hadramaut bertanya:
Apakah yang dimaksudkan
dengan hadas wahai Abu
Hurairah? Jawabnya: Kentut.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
2. Keluar air mazi.
Ali bin Abu Talib r.a berkata:
Aku adalah lelaki yang paling
banyak keluar air mazi. Lalu aku
perintahkan seorang lelaki
bertanya kepada Nabi s.a.w
menggunakan nama anak
perempuanya (Fatimah). Lalu dia
bertanya kepada baginda. Lantas
haginda menjawab:
Berwudhu’lah dan basuhlah
kemaluanmu. (Hadis riwayat al-
Bukhari dan Muslim)
Ibn al-Mundziri r.h bcrkata:
“Memang tsabit daripada hadis
Rasulullah s.a.w rnengenai
kewajipan berwudhu’ bagi air
mazi (yang keluar)” (Rujuk al-
Ausot, jil. 1, ms. 133)
Al-Nawawi r.h berkata:
“Mengenai hukum keluar air
mazi, ijmak ulama bahawa tidak
wajib mandi junub. Abu Hanifah,
Syafie, Ahmad dan jumhur
berpendapat, wajib berwuduk
berdasarkan hadis ibi.” (Rujuk
Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms.
212)
3. Keluar al-Wadi
Ibn Abbas a berkata:
Berhubung dengan air mani,
wajib mandi junub. Mengenai air
mazi dan wadi, dia hendaklah
membasuh kemaluannya serta
bewuduk. (Hadis riwayat Abdul
Razzaq dalam Musannaf, jil. 1,
ms. 159 dengan sanad sahih)
Ibn al-Mundzir r.h berkata:
“Mengenai air wadi, ia sesuatu
yang keluar daripada zakar
selepas kencing. Oleh itu,
wudhu’ wajib selepas kencing.
Jadi, apa sahaja yang keluar
daripada zakar sudah tentu
diwajibkan berwuduk
sebagaimana wajib berwuduk
apabila keluar air
kencing.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1,
ms. 136)
4. Keluar air mani
Ini berdasarkan riwayat Ibn
Abbas r.a yang dinyatakan
sebelum ini melalui Musannaf
Abdul Razzaq.
5. Sesuatu yang keluar secara
berterusan seperti darah
istihadhah dan sebagainya.
Nabi s.a.w memerintahkan agar
wanita yang mengalami darah
istihadhah berwuduk setiap kali
solat berdasarkan hadis yang
diriwayat oleh Bukhari dalam
kitab al- Wuduk, bab: Ghuslu al-
Dam (228) dan Muslim, kitab al-
Haid (333)
6. Tidak perlu berwudhu’
apabila waswas.
Abu Hurairah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
Apabila seseorang antara kamu
merasakan sesuatu yang tidak
kena pada perutnya lalu waswas
sama ada dia kentut atau tidak,
dia tidak perlu keluar daripada
masjid kecuali selepas dia
mendengar bunyi atau terhidu
bau kentut. (Hadis riwayat
Muslim)
7. Tidur atau Tidak Tetap
Punggung
Safwan bin ‘Assal r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan
kami agar tidak mencabut kasut
ketika musafir selama tiga hari
tiga malam kecuali jika berjunub,
buang air besar, air kecil atau
tidur” (Hadis riwayat Ahmad, al-
Nasaai dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi
mensahihkannya)
Berselisih pendapat sama ada
tidur boleh membatalkan
wudhu’ atau sebaliknya. Namun,
terdapat beberapa hadis sahih
yang menjelaskan bahawa tidur
yang lena dan tetap
punggungnya tidak perlu
berwudhu’.
Anas r.a berkata:
“Suatu ketika, para sahabat
Rasulullah s.a.w menunggu solat
isyak sehingga tersengguk-
sengguk kepala mereka kerana
Nabi s.a.w melewatkannya.
Setelah baginda bersiap untuk
menunaikan solat, mereka
bangun bersolat tanpa
memperbaharui wuduk.” (Hadis
riwayat Muslim, Abu Daud dan
al-Tirmizi)
Ibn ‘Abbas r.a berkata:
Aku telah bermalam di rumah
ibu saudaraku Maimunah (isteni
Nabi). Rasulullah s.a.w bangun
untuk menunaikan solat malam.
Lain, aku bangun berdiri di
sebeiah kirinya. Kemudian,
baginda menanik tanganku
hingga menjadikan aku berada di
sebeiah kanannya. Setiap kali
kepalaku tersengguk kerana
mengantuk, baginda akan
menarik telingaku. Baginda
melakukan solat itu sebanyak 11
rakaat. (Hadis riwayat Muslim)
Menurut pendapat paling sahih,
apabila seseorang tidur tetapi
tetap punggungnya di bumi dan
sebagainya, wuduknya tidak
terbatal berdasarkan beberapa
hadis di atas. Namun, yang
afdalnya ialah berwuduk apabila
tertidur berdasarkan maksud
hadis secara umum.
8. Menyentuh Wanita Ajnabi.
Ulama berbeza pendapat dalam
menentukan hukum menyentuh
wanita ajnabi tanpa berlapik. Ini
kerana, perselisihan mereka
dalam mentafsjrkan firman
ALLAH di bawah:
ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺇِﺫَﺍ ﻗُﻤْﺘُﻢْ ﺇِﻟَﻰ
ﺍﻟﺼَّﻼﺓِ ﻓَﺎﻏْﺴِﻠُﻮﺍ ﻭُﺟُﻮﻫَﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻳْﺪِﻳَﻜُﻢْ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﻤَﺮَﺍﻓِﻖِ ﻭَﺍﻣْﺴَﺤُﻮﺍ ﺑِﺮُﺀُﻭﺳِﻜُﻢْ
ﻭَﺃَﺭْﺟُﻠَﻜُﻢْ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﻜَﻌْﺒَﻴْﻦِ ﻭَﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ
ﺟُﻨُﺒًﺎ ﻓَﺎﻃَّﻬَّﺮُﻭﺍ ﻭَﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﻣَﺮْﺿَﻰ ﺃَﻭْ
ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻔَﺮٍ ﺃَﻭْ ﺟَﺎﺀَ ﺃَﺣَﺪٌ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻣِﻦَ
ﺍﻟْﻐَﺎﺋِﻂِ ﺃَﻭْ ﻻﻣَﺴْﺘُﻢُ ﺍﻟﻨِّﺴَﺎﺀَ ﻓَﻠَﻢْ
ﺗَﺠِﺪُﻭﺍ ﻣَﺎﺀً ﻓَﺘَﻴَﻤَّﻤُﻮﺍ ﺻَﻌِﻴﺪًﺍ ﻃَﻴِّﺒًﺎ
ﻓَﺎﻣْﺴَﺤُﻮﺍ ﺑِﻮُﺟُﻮﻫِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻳْﺪِﻳﻜُﻢْ ﻣِﻨْﻪُ
ﻣَﺎ ﻳُﺮِﻳﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟِﻴَﺠْﻌَﻞَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻣِﻦْ
ﺣَﺮَﺝٍ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻳُﺮِﻳﺪُ ﻟِﻴُﻄَﻬِّﺮَﻛُﻢْ ﻭَﻟِﻴُﺘِﻢَّ
ﻧِﻌْﻤَﺘَﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗَﺸْﻜُﺮُﻭﻥَ
“Wahai orang-orang yang
beriman ,kamu hendaklah
berwudhu’ apabila ingin
mendirikan solat… Kamu juga
mesti berwudhu’ walaupun
ketika sakit, musafir, berhadas
kecil atau menyentuh
wanita.” (Surah al-Maidah: 6)
Sentuhan menurut pengertian
bahasa ialah merasai sesuatu
dengan tangan atau bertemu
kulit sesama manusia. Namun,
menurut Ibn ‘Abbas r.a (sahabat
Nabi s.a.w yang digelar sebagai
pakar tafsir al-Quran)
berpendapat bahawa kalimah
ﻻﻣَﺲ atau ﻟﻤَﺲ yang dikehendaki
dalam ayat ialah (persetubuhan).
Ini kerana, menurut pemahaman
orang arab apabila dikatakan
ﻻﻣﺴﺖ
ﺍﻟﻤﺮﺍﺓ bermaksud (aku
bersetubuh dengannya).
Pendapat ini dikuatkan lagi
dengan firman ALLAH S.WT:
Maryam berkata: Ya TUHAN-ku,
mana mungkin aku mernpunyai
seorang anak sedangkan aku
belum pernah disentuhi lelaki.
(Surah Alii Imran: 47)
Sebahagian ulama menggunakan
firman ALLAH yang bersifat
umum untuk menguatkan hujah
bahawa menyentuh perempuan
membatalkan wudhu’.
Firman ALLAH S.WT:
Al-Quran itu tidak boleh
disentuh melainkan orang-orang
yang suci. (Surah al-Waqi’ah: 79)
Begitu juga maksud sabda
Rasulullah s.a.w yang difahami
secara urnum. Sedangkan,
majoriti ulama berpendapat
bahawa yang dimaksudkan
dengan ﻃﺎﻫﺮ (suci) di sini ialah
iktikad yang suci daripada syirik.
Abu Bakar bin Muhammad bin
‘Amru bin Hazm daripada ayah
dan datuknya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah
memerintahkan sahabatnya
menulis sepucuk surat kepada
penduduk Yaman yang
terkandung dalam isi
kandungannya: Al-Quran tidak
boleh disentuh kecuali dalam
keadaan suci. (Hadis riwayat al-
Darimi dan Malik)
Penggunaan kalimah itu
hakikatnya secara kiasan semata-
mata. Ini kerana, perbuatan
syirik menurut fahaman
salafussoleh termasuk amalan
yang boleh dianggap najis.
Dikuatkan lagi dengan firman
ALLAH yang berbunyi:
“Sesungguhiya orang musyrikin
itu najis.” (Surah al-Taubah: 28)
Begitu juga sabda Rasulullah
s.a.w:
“Sesungguhnya orang mukrnin
tidak najis.” (Hadis riwayat
Bukhari, Muslim, al-Nasaai, Ibn
Majah dan Ahmad)
Menurut Tafsir Ibn Kathir, al-
Quran tidak boleh disentuh
(diambil) daripada ﺍﻟﻠﻮﺡ ﺍﻟﻤﺤﻔﻮﻅ
(tempat simpanan khazanah
perbendaharaan ALLAH
termasuk al-Quran)
kecualiﺍﻟﻤﻄﻬﺮﻭﻥ (para malaikat al-
Muqarrabun) yang berada paling
hampir dengan ALLAH. Ini
kerana, ALLAH kaitkan ayat
sebelumnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya, itulah al-Quran
yang mulia. Ia berada dalam
kitab yang terjaga rapi (di lauh
mahfuz). Tidak ada seorang pun
yang boleh meryentuhnya
kecuali orang-orang yang suci
(malaikat).” (Surah al-Waqi’ah:
77 – 79)
Banyak hadis sahih yang
membicarakan tentang sentuhan
Nabi s.a.w dengan para isterinya.
Namun, baginda tetap
meneruskan solat tanpa
memperbaharui wudhu’nya.
Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah
mendirikan solat sedangkan aku
berada di hadapannya
(melintang) seperti jenazah yang
terbujur ketika disolatkan.
Apabila ingin menunaikan solat
witir baginda akan
mengejutkanku dengan hujung
kakinya.” (Hadis riwayat al-
Nasaai. Al-Hafiz Ibn Hajar
menyatakan bahawa sanad hadis
ini sahih di dalam Kitab al-
Talkhis)
Aisyah r.a berkata:
Nabi s.a.w telah mencium salah
seorang isterinya. Kemudian
baginda menunaikan solat tanpa
memperbaharui wudhu’nya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-
Nasaai)
Aisyah r.a berkata:
“Suatu malam, aku kehilangan
Rasulullah s.a.w daripada tempat
tidurku. Aku telah
menyentuhnya lalu meletakkan
tanganku ke atas kedua-dua
belah tapak kakinya yang sedang
ditegakkan. Ketika itu, baginda
sedang berada di dalam majid
sambil aku mendengar baginda
berdoa: … (Hadis diriwayatkan
oleh Muslim dan al-Nasaai. Al-
Tirmizi mensahihkannya)
Pendapat terpilih, tidak mengapa
tidak berwudhu’. Hujah saya, jika
perkara itu diwajibkan dan
berdosa apabila
meninggalkannya atau ia hanya
dikhususkan kepada Nabi s.a.w,
pasti terdapat dalil yang sahih
lagi sarih melarang perbuatan
itu.
Sedangkan, ada sebahagian
hadis yang sahih menyebut
bahawa Nabi s.a.w tidak
berwudhu’ ketika bercumbu-
cumbuan dengan isteri-isterinya.
Inilah pendapat yang saya
pegang sebagaimana pendapat
sebahagian ulama Syafie seperti
Ibn Hajar al-Asqalani, al-Nasaai
dan selainnya.
Oleh itu, jika hadis di atas
merupakan pengkhususan
kepada Nabi sa.w, maka perlu
didatangkan dalil yang
menerangkan perkara Iitu.
9. Menyentuh kemaluan.
Busrah binti Safwan r.a berkata
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
Janganlah menunaikan solat
sebelum berwudhu’ bagi sesiapa
jang menyentuh kemaluannya.
(Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi,
al-Nasaai, Abu Daud dan Ibn
Majah. Al-Tirmizi
mensahihkannya)
Al-Bukhari r.h berkata:
“Inilah hadis paling sahih dalam
bab membicarakan terbatal
wuduk menyentuh
kemaluan.” (Rujuk Nail al-Autor,
jil.l. ms. 189)
Namun, hadis di atas tidak
terlepas daripada kritikan ahli
hadis mengenai martabat
kesahihannya. Inilah pendapat
yang dipegang oleh sebahagian
salafussoleh seperti Ali, Ibn
Mas’ud, ‘Ammar, Hasan al-Basri,
Rabi’ah, al-’Utrah, al-Tsauri, Abu
Hanifah dan pengikutnya serta
selain mereka berdasarkan hadis
di bawah.
Talaq bin Ali r.a berkata:
Rasulullah s.a.w ditanya: Apabila
seorang lelaki menyentuh
kemaluannya, adakah dia perlu
berwuduk? Jawab baginda:
Bukankah ia hanya sebahagian
daripada anggota badanmu.
(Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi,
al-Nasaai, Abu Daud, Ibn Majah
dan al-Daruqutni. Hadis ini
diklasifikasikan sebagai sahih
oleh Amru bin Ali al-Falas, Ibn
Hibban, al-Tabrani dan Ibn
Hazm)
‘Amru bin Ali al-Falas r.h
berkata:
“Hadis ini lebih tsabit daripada
hadis Busrah.”
Ali bin al-Madini berkata:
“Menurut kami, inilah hadis
terbaik berbanding hadis
Busrah.”
Al-Thohawi berkata:
“Sanad hadis ini mustaqim, iaitu
tidak mudhorib (bercampuk-
aduk dengan lafaz lain). Berbeza
dengan hadis riwayat Busrah.”
Oleh kerana kedua-dua hadis di
atas tidak dapat ditarjihkan dan
terdapat kritikan pada sanad,
pendapat terpilih ialah afdhal
berwuduk apabila menyentuh
kemaluan dan diyakini tidak
terkena najis. Tetapi, solat orang
yang tidak memperbaharui
wuduk tetap sah sama ada
berlapik atau tidak kerana tidak
ada dalil sarih (jelas)
mengenainya. Begitu juga sama
ada bersyahwat atau sebaliknya.
Manakala hukum tidak batal
wuduk apabila berlakunya
persentuhan dengan belakang
tapak tangan, tidak dapat
dipastikan kesahihan pendapat
itu. Ia hanya pendapat tanpa
asal-usul yang dapat dikaji masih
boleh.
10. Makan daging unta.
Jabir bin Samurah r.a berkata:
“Seorang lelaki telah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w: Adakah
kami perlu memperbaharui
wudhu’ apabila memakan daging
kambing? Jawab baginda: Jika
kamu mahu, berwudhu’lah. Jika
sebaliknja, tidak mengapa.
Ditanya lagi: Adakah kami perlu
berwudhu’ apabila memakan
daging unta? Jawab baginda: Ya.
Berwudhu’lah apabila memakan
daging unta. Ditanya lagi:
Bolehkah kami solat di kandang
kambing? Jawab baginda: Boleh.
Ditanya lagi: Bolehkah kami solat
di kandang unta? Jawab baginda:
Tidak. (Hadis riwayat Ahmad dan
Muslim)
Ibn al-Mundziri r.h berkata:
“Wajib berwuduk selepas makan
daging unta kerana tsabit melalui
hadis dan sanad.” (Rujuk al-
Ausot, jil. 1, ms. 138)
Ibn Qudamah r.h berkata:
“Makan daging unta
membatalkan wudhu’ serta
merta sama ada dimakan secara
mentah atau dimasak dan dalam
keadaan tahu atau jahil.” (Rujuk
al-Mughni, jil. 1, ms. 250)
11. Hilang akal kerana gila,
pengsan dan sebagainya.
Aisyah r.a berkata:
Nabi s.a.w. berada dalam
keadaan sakit yang tenat.
Baginda pun bertanya
kepadanya: Adakah orang ramai
telah solat? Jawab Aisyah:
Belum. Mereka menunggu
engkau. Baginda berkata:
Bawakan air wudhu’ yang
berada dalam Mikhdhab (sejenis
bekas) itu untukku. Aisyah
berkata: Aku pun melakukannya.
Lalu baginda membasuh
(berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu
menyerang lagi dan baginda
terus pengsan.
Apabila sedar baginda bertanya
lagi: Adakah orang ramai telah
solat? Jawab Aisyah: Belum.
Mereka menunggu engkau.
Baginda berkata: Bawakan air
wudhu’ yang berada dalam
Mikhdhab (sejenis bekas) itu
untukku. Aisyah berkata:
Baginda duduk lalu membasuh
(berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu
menyerang lagi dan baginda
terus pengsan.
Apabila sedar baginda bertanya
lagi: Adakah orang ramai telah
solat? Jawab Aisyah: Belum.
Mereka menunggu engkau.
Baginda berkata: Bawakan air
wudhu’ yang berada dalam
Mikhdhab (sejenis bekas) itu
untukku. Aisyah berkata:
Baginda duduk lalu membasuh
(berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu
menyerang lagi dan baginda
terus pengsan.” (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Ibn al-Mundzir r.h berkata:
“Ulama sepakat mewajibkan
berwudhu’ bagi sesiapa yang
tidak sedar disebabkan gila atau
pengsan. Kami telah
meriwayatkan dengan sanad
yang tsabit daripada Rasulullah
s.a.w bahawa baginda telah
mengalami sakit lalu berwudhu’
sehingga menyebabkan baginda
pengsan.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1,
ms. 155. 156)

About ashabulfirdaus

Sebaik-baiknya manusia adalah manusia yang paling bermanfaat bagi manusia lain

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s