1. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 70 orang
pria yang soleh.
2. Barang siapa yang
menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan
Allah S.W.T. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa
hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak
pria. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan
seolah- olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah S.A.W.)
di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada
api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak
kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan
puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah
S.A.W., siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, “Suaminya.”
“Siapa pula berhak terhadap
pria?” tanya Aisyah kembali,
Jawab Rasulullah S.A.W.
“Ibunya.”
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang
dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah
S.W.T. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000
tahun).
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T.
menatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-
dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak)
lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu)
tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70
orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat
adalah lebih buruk dari pada
1,000 pria yang jahat.
22. Rakaat solat dari wanita
yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi
minum air susu ibu (asi) kepada
anaknya daripada badannya
(susu badannya sendiri) akan
dapat satu pahala dari pada
tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24. Wanita yang melayani
dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala
jihad
25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh
rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang
ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumah tangganya
akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada
yakut.
27. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu
binatang dengan “bismillah”
akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung
gandum dengan “bismillah”,
Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
31. Wanita yang hamil akan
dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
32. Wanita yang hamil akan
dapat pahala beribadat pada
malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam
masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati
syahid.
35. Jika wanita melayani suami
tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempo
(2½ thn),maka malaikat-malaikat
dilangit akan khabarkan berita
bahwa syurga wajib baginya. Jika
wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu
tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit/mijat
suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat
pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki
syurga.
39. Jika suami mengajarkan
isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya yaitu
memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.

About ashabulfirdaus

Sebaik-baiknya manusia adalah manusia yang paling bermanfaat bagi manusia lain

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s